Ceramah BERSIH: Datanglah ke Palm Grove Kelang malam ini untuk ceramah BERSIH. Saya akan berucap bersama dengan Dr Hasan Ali dan rakan-rakan seperjuangan lain.
AFP: Police confiscate activists’ leaflets in KL
POLICE disrupted a street protest on Saturday by confiscating balloons and leaflets after activists launched a campaign to urge Malaysians to wear yellow every Saturday to demand electoral reform.
At least 10 members of a group were distributing the materials to the public at a busy train station in Kuala Lumpur when police moved in.
Mr Ronnie Liu, of the opposition Democratic Action Party, described the police action as a form of ‘intimidation and harassment’.
‘I will say our street protest to promote a campaign to wear something yellow every Saturday was a success despite the police action. We managed to distribute the yellow balloons and ribbons before they stopped us,’ he said.
‘They also threatened to arrest us,’ he added.
He said yellow was chosen to represent people power, freedom and justice.
A protest on Nov 10 demanding electoral reform drew some 10,000 people despite rain and a police ban. The rally was suppressed by police using water cannon and tear gas.
But protesters managed to hand a memorandum to a palace official for the Malaysian King, who is highly respected but has a largely ceremonial role and usually stays out of politics.
The protest movement, a coalition of opposition parties and civil society groups called Bersih (‘clean’ in the Malay language), is pushing for reforms including a clean-up of the electoral rolls and an end to postal votes.
AGENCE FRANCE-PRESSE
Gelombang Kuning: Polis pecahkan belon, rampas risalah Bersih
Posted by: raja petra
Nyza Ayob | Foto Wan Zahari Salleh
Harakahdaily
![]()
Sebelah Stesen Monorail Sentral pada hari Sabtu 17 Nov 2007
Kira-kira sepuluh minit ‘Gelombang Kuning’ dilancarkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di pekarangan Stesen Monorail KL Sentral, polis mula bertindak dengan merampas risalah yang diedarkan oleh pertubuhan tersebut.
Dalam pelancaran yang bermula jam 2.00 petang itu, selain risalah, belon berwarna kuning yang tertulis perkataan Bersih termasuk yang berada di tangan orang ramai dipecahkan dan dipijak serta kenyataan akhbar berbahasa Melayu mengenai pelancaran tersebut juga dirampas anggota keselamatan yang hadir.
Malahan tujuh orang daripada dua belas anggota Jawatankuasa Bersih termasuk Ronnie Liu dan Faisal Mustaffa yang mengetuai pelancaran tersebut turut ditahan polis serta disoal siasat dan diminta menunjukkan MyKad masing-masing.
Menurut Faisal, apa yang memeranjatkan, mereka ditahan oleh 20 orang anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam (polis preman) sedangkan polis berpakaian seragam turut berada di kawasan tersebut.
“Memang kami amat terkejut dengan penahanan tersebut. Sebaik sahaja ditahan, kami bertanyakan siapa mereka kerana mereka tidak memakai baju seragam polis. Mereka menyatakan mereka polis serta menunjukkan kad pengenalan sebagai anggota polis.
“Kami mempersoalkan kenapa kami ditahan. Katanya, kami ditahan di bawah Akta Penerbitan dan Percetakan 1984 dan menyatakan risalah kami mengandungi unsur-unsur yang mencurigakan. Mereka menggugut untuk membawa kami ke balai polis. Namun hampir setengah jam kami disoal dan ‘tercangak’ di situ, kami tidak juga dibawa ke balai polis,” kata Faisal sebaik sahaja dilepaskan polis.
Jelas Faisal, jika benar polis ingin menyoal siasat, mereka sudah bersedia untuk dibawa ke balai polis. Namun sungguhpun van polis sudah berada di kawasan tersebut, mereka tidak diarahkan untuk menaiki van tersebut.
“Kami memberitahu mereka kami memang bersedia untuk dibawa ke balai polis dan peguam kami juga sudah menunggu di sana. Tetapi mereka tetap tidak membawa kami. Bagaimanapun selepas setengah jam ditahan, kami dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang syarat, “katanya.
Dalam pada itu, jelas Faisal, pada waktu yang sama, difahamkan kira-kira 50 orang anggota polis berkawal di setiap sudut Stesen KL Sentral berkemungkinan maklumat yang disampaikan kepada mereka bahawa Bersih juga akan turut mengedarkan risalah di stesen tersebut.
Bagaimanapun kata Faisal, pihaknya tidak sempat ke stesen tersebut kerana mereka ditahan dan 200 risalah telah dirampas.
Sementara itu, Dr Hatta Ramli yang juga Ahli Jawatan Kuasa Bersih yang tiba sejurus tujuh orang AJK Bersih itu dilepaskan, menyatakan beliau sudah menjangkakan, selepas perhimpunan 10 November lalu, apa sahaja yang dikaitkan dengan Bersih akan diambil tindakan keras pihak polis.
“Mereka memang menggugut untuk menangkap pimpinan Bersih yang mengedarkan risalah untuk memperkenalkan Bersih kepada orang ramai,”katanya.
Jelas Dr Hatta, sebahagian masyarakat masih belum mengetahui dengan jelas perjuangan dan matlamat Bersih.
Tambahan pula katanya, kempen yang dibuat kerajaan mengenai Bersih dalam media rasmi menyebabkan rakyat semakin tidak memahami misi pertubuhan ini.
Dr Hatta yang turut tampil dengan berbaju kuning menyatakan tindakan kerajaan yang menggambarkan Bersih sebagai musuh kepada rakyat menyebabkan rakyat semakin kurang pemahaman mengenai tujuan Bersih ditubuhkan iaitu ke arah proses pilihan raya yang lebih telus.
“Sebab itu kami bertindak untuk mengedarkan sendiri risalah mengenai Bersih kepada rakyat. Nampaknya mereka menghalang untuk mengelakkan kita daripada mendidik masyarakat,” katanya yang juga Bendahari PAS Pusat.
Bagaimanapun tegas Dr Hatta, pihak Bersih tidak akan berputus asa serta akan meneruskan usaha untuk menimbulkan Gelombang Kuning kepada rakyat.
Sehubungan itu katanya, Bersih akan terus menggerakkan usahanya menyampaikan maklumat kepada rakyat pada setiap negeri.
Untuk menggerakkan Gelombang Kuningnya, Bersih mengajak rakyat mengenakan warna kuning pada pakaian, tali leher, selendang, payung, topi, serta mengingat riben berwarna kuning pada antena kereta dan cermin sisi pada setiap hari Sabtu sebagai sokongan kepada usaha pertubuhan ini.
November 19, 2007 at 12:24 pm |
Correction: More than 100,000 have participated in the Nov 10 March to the Palace. We will prove to you with video clips. stay tuned.