High apostasy figure proven untrue

 Dr Mohd Azam Mohd Adil of UiTM clears the air over apostasy figure. Syabas!

Dakwaan lebih 250 ribu murtad tidak benar

  Saiz Huruf:


 

Kenyataan media Ronnie Liu Tian Khiew, ajk pusat tertinggi merangkap ketua biro NGO DAP kebangsaan pada Ahad 12 Nov 2006 di Petaling Jaya.

Kajian atas kes murtad di negara kita yang dibuat oleh pensyarah undang-undang UiTM Dr Mohd Azam Mohd Adil merupakan satu projek yang amat penting dan tepat masa kerana kajian ini telah membantu masyarakat umum memahami situasi yang sebenar di tanahair kita. Kajian ini telah mendedahkan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Mufti Perak dan lain-lain pegawai agama adalah palsu dan tidak berasas.Kajian Dr Azam telah menunjukkan bahawa “gejala” murtad di negara ini tidak seburuk yang digembar-gemburkan, jauh sekali dari mencapai hingga 250,000 (yang didakwa oleh Mufti Perak baru-baru ini) atau 100,000 orang seperti yang didakwa oleh pihak yang lain.

Angka murtad yang tinggi (tetapi palsu) ini telah digunakan sering kali oleh pihak-pihak tertentu untuk meyerang badan-badan NGO progresif seperti Sisters in Islam (SIS) dan gabungan Article 11 baru-baru ini. Kami percaya apa yang berlaku di sebuah gereja di Ipoh ekoran SMS yang jahat merupakan satu fenomena akibat tuduhan yang dibuat sewenang-wenangnya oleh orang–orang berpengaruh yang tidak bertanggungjawab.

Dr Mohd Azam Mohd Adil yang menjalankan kajian berdasarkan data yang diperolehi dari mahkamah syariah, jabatan agama Islam negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati jumlah orang Islam yang murtad amat kecil (lapuran Malaysiakini Nov 11, Fauwaz Abdul Aziz).

Menurut Dr Azam, negeri yang mencatatkan jumlah orang murtad paling ramai ialah Negri Sembilan – 16 orang sahaja dari tahun 1994 hingga 2003.Dr Azam telah mengumpul dan mengkaji data-data yang diperoleh daripada pihak berkenaan hingga Julai 2003) untuk tesis doktor falsafahnya ( PhD) yang bertajuk “Analisa perbandingan undang-undang sivil dan syriah mengenai murtad”. Tesisnya itu dihantar ke jabatan undang-undang Pusat Kajian Asia dan Afrika,
University of London, United Kingdom pada tahun lalu.

Menurut Dr Azam, sepanjang tempoh sembilan tahun kajiannya itu, hanya 84 permohonan dari penganut Islam untuk menukar agama mereka dikemukakan kepada Mahkamah Syariah Negeri Sembilan.

“Daripada jumlah itu, 16 permohonan diluluskan, 29 ditolak dan 39 lagi diletakkan dalam perhatian.” katanya ketika ditemui oleh wartawan Malaysiakini di Pusat Pemikiran dan Pemahaman Islam UiTM semalam.

Menurut beliau, Negri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai peruntukan di bawah Enekmen Undang-undang Pentadbiran Islam 1991 (pindaan 1995) untuk mendengar permohonan keluar dari agama Islam.
Sarawak juga mempunyai jumlah permohonan untuk keluar dari Islam yang agak tinggi tetapi sebahagian besar permintaan datang dari mualaf.Menurut Dr Azam, di Sarawak, permohonan menukar agama Islam dibuat kepada jabatan hal ehwal agama Islam negeri itu kerana Mahkamah Syariah Sarawak tidak mempunyai kuasa untuk mendengar permohonan berkenaan.

Dr Azam menambah, negeri-negeri lain mencatatkan jumlah permohonan keluar dari Islam yang amat kecil atau sifar.

Umpamanya, Kedah hanya mencatatkan dua permohonan – satu secara lisan dan satu lagi secara bertulis. Bagaimana permohonan tersebut ditolak atas alasan Mahkamah Syariah negeri itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan itu.

Di Wilayah Persekutuan pula, permohonan yang diterima dari tahun 2001 hingga 2003 hanya 12 kes.

Semua 12 permohonan itu menurut beliau telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Syariah atas alasan Akta Undang-undang Pentadbiran Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 tidak memperuntukkan kuasa kepada mereka untuk mendengar kes-kes berkenaan.

Sementara itu sehingga tahun 2003 tiada sebarang rekod permohonan keluar dari Islam dicatatkan oleh Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Menurut Azam walaupun terdapat beberapa permohonan dibuat di mahkamah sivil di negeri itu, namun ia ditolak kerana mahkamah berkenaan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadilinya.

Di peringkat nasional pula katanya, JPN telah menerima 750 permohonan untuk menukar nama Islam kepada nama bukan Islam pada kad pengenalan mereka.

Daripada jumlah itu, hanya 220 diluluskan selama tempoh lima tahun itu. Sebahagian besar permohonan adalah daripada saudara baru.Satu perkara yang menarik, katanya, daripada Januari hingga Julai 2003 terdapat 31 permohonan menukar nama Islam kepada nama bukan Islam diterima daripada pemohon yang dilahirkan Islam sejak lahir. Dr Azam berkata, angka-angka dan hasil kajiannya ini sedikit sebanyak memberikan gambaran sebenar tentang gejala murtad di negara ini.

Kami bersetuju dengan pandangan Dr Azam bahawa orang-orang berpengaruh sepatutnya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang sensitif berkaitan murtad tanpa berdasarkan bukti-bukti kukuh. Orang ramai pula perlu menapis maklumat yang mereka terima dan bertindak secara rasional.

Berita asal

One Response to “High apostasy figure proven untrue”

  1. sampalee Says:

    The malays are given so many special rights and yet deprieved of the most sacred right of choosing one religion.Faith is used to barter for wordly goods.It is SAD

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: