HRH Sultan Selangor speaks out again

 Selangor under the Khir Toyo Administration is in a sorry state. Corruption, abuse of powers, leakages, crime rates, destruction of environment, inefficient local councils, money politics… you name it. HRH Sultan Selangor has been speaking out for the people many times. But all advice seem to have fallen on death ears.

Jangan takut ambil tindakan, kata Sultan S’gor
Dec 7, 06 4:48pm
Sultan Selangor mahu semua pihak, termasuk wakil rakyat, yang menyalahgunakan kuasa dan melakukan rasuah dikenakan tindakan tegas.Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, tiada pegawai dan kakitangan awam yang berada di atas undang-undang,

Sultan Selangor mahu pihak yang berwajib tanpa rasa takut mengambil tindakan yang tegas terhadap golongan ini yang melanggar undang-undang tanpa mengira kedudukan, pangkat dan gelaran pihak yang bersalah.

“Beta mahu semua pihak termasuk mereka yang menjadi pengubal undang-undang di Dewan Undangan Negeri mahupun Kerajaan Tempatan menghormati prinsip kedaulatan undang-undang,” titah baginda di majlis mengadap-pegawai dan kakitangan kerajaan Selangor di Shah Alam semalam. Titah ucapan penuh baginda disiarkan dalam mSTAR Online hari ini.

“Mereka seharusnya menjadi pihak yang menghormati dan mempertahankan undang-undang yang mereka buat dengan nama, bukannya menjadi orang yang pertama melanggarnya.

“Para pegawai dan kakitangan kerajaan perlulah sentiasa menjaga maruah mereka dan integriti diri. Pegawai dan kakitangan kerajaan yang berkhidmat di negeri Selangor perlu benar-benar bersih,” titah baginda Jangan tamak
\n

“Kebelakangan ini banyak isu-isu yang berkaitan dengan rasuah telah diperkatakan oleh masyarakat. Rasuah bukan sahaja akan membuat negeri Selangor ini mundur, tetapi juga akan menjadikan pegawai-pegawai dan juga mereka yang bertanggungjawab menjadi tamak, haloba dan mementingkan diri sendiri,” tegas baginda. \n

Sultan Sharafuddin juga menasihatkan para pegawai dan kakitangan awam mengelakkan gejala keangkuhan kuasa, tetapi sebaliknya hendaklah menggunakan kuasa dan kedudukan dengan penuh rasa amanah dan rendah diri.

“Sikap angkuh bukannya melambangkan kemuliaan tetapi hanya mempamerkan sesuatu yang tidak sesuai dengan taraf seorang pemimpin atau pegawai kerajaan,” titah baginda lagi.

Baginda juga mahu semua pegawai dan kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Selangor sentiasa peka dengan masalah kerajaan negeri dan sama-sama berusaha menjayakan program yang diatur bagi menanganinya. \n

“Di samping itu pegawai dan kakitangan kerajaan hendaklah berkerjasama dan saling membantu antara satu dengan lain untuk mencapai kejayaan yang di harapkan.

“Beta tidak mahu mendengar rungutan di mana terdapat pegawai dan kakitangan kerajaan yang hanya berkerja untuk kepentingan diri sendiri, berpuak-puak, menyeleweng dan menyalah gunakan kuasa yang telah di berikan,” titah baginda lagi.
Sultan Selangor juga menyuarakan kebimbangannya terhadap jurang pendapatan yang semakin melebar antara mereka yang tinggal di bandar dan desa.

Jangan pandang ringan

“Nisbahnya sudah kembali melebar seperti mana sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Walaupun hanya 10 peratus rakyat beta yang tinggal di luar bandar namun ia tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan ketidakadilan sosial,” titah baginda.

Titah Sultan Selangor lagi, gejala rasuah dan salah gunakuasa perlu dibendung dan ditangani dengan serius demi menjaga nama baik kerajaan dan negeri Selangor.

Jangan tamak

“Kebelakangan ini banyak isu-isu yang berkaitan dengan rasuah telah diperkatakan oleh masyarakat. Rasuah bukan sahaja akan membuat negeri Selangor ini mundur, tetapi juga akan menjadikan pegawai-pegawai dan juga mereka yang bertanggungjawab menjadi tamak, haloba dan mementingkan diri sendiri,” tegas baginda.

Sultan Sharafuddin juga menasihatkan para pegawai dan kakitangan awam mengelakkan gejala keangkuhan kuasa, tetapi sebaliknya hendaklah menggunakan kuasa dan kedudukan dengan penuh rasa amanah dan rendah diri.

“Sikap angkuh bukannya melambangkan kemuliaan tetapi hanya mempamerkan sesuatu yang tidak sesuai dengan taraf seorang pemimpin atau pegawai kerajaan,” titah baginda lagi.

Baginda juga mahu semua pegawai dan kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Selangor sentiasa peka dengan masalah kerajaan negeri dan sama-sama berusaha menjayakan program yang diatur bagi menanganinya.

“Di samping itu pegawai dan kakitangan kerajaan hendaklah berkerjasama dan saling membantu antara satu dengan lain untuk mencapai kejayaan yang di harapkan.

“Beta tidak mahu mendengar rungutan di mana terdapat pegawai dan kakitangan kerajaan yang hanya berkerja untuk kepentingan diri sendiri, berpuak-puak, menyeleweng dan menyalah gunakan kuasa yang telah di berikan,” titah baginda lagi.
Sultan Selangor juga menyuarakan kebimbangannya terhadap jurang pendapatan yang semakin melebar antara mereka yang tinggal di bandar dan desa.

Jangan pandang ringan

“Nisbahnya sudah kembali melebar seperti mana sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Walaupun hanya 10 peratus rakyat beta yang tinggal di luar bandar namun ia tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan ketidakadilan sosial,” titah baginda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: