May Day Celebration in JB

DATARAN BANDARAYA JOHOR BARU BERGEMA DENGAN TUNTUTAN PEKERJA  

by Thevarajan, JERIT (Jaringan Rakyat Tertindas)

SAMBUTAN MEI 1 2007:DATARAN BANDARAYA JOHOR BARU BERGEMA DENGAN TUNTUTAN PEKERJA

1hb Mei ,Kuala Lumpur senyap sunyi akan tetapi di Dataran Bandaraya , di Johor Baru bergema laungan slogan pekerja kerana Sambutan Mei 1, buat kali pertamanya diadakan di negeri Johor. Tahun ini merupakan tahun ke -14 Sambutan Mei 1 dianjurkan oleh Jawatankuasa penganjur Mei 1. Sambutan tahun ini dianjurkan bersama oleh JERIT, SUARAM, Parti Sosialis Malaysia , DEMA, PAS, PRM , DAP, RAKAN, kumppulan Pelajar dari UTM dan ramai kumpulan lagi.

Hujan lebat pada awal pagi reda dan memberi laluan kepada sambutan hari bersejarah ini diadakan.Lebih kurang jam 9 pagi, semua bas dari Selangor tiba di tempat sambutan Mei 1, Dataran Bandaraya JB lebih awal daripada waktu sambutan iaitu 10 pagi. Ini menambahkan semangat penganjur tempatan apabila melihat banjiran kelas pekerja dari semua sektor di sana. Sebelum pukul 10 pagi, bas- bas dari Perak tiba di tempat sambutan bersejarah ini. Lebih kurang 600 orang membanjiri kawasan Dataran Bandaraya. Kerisauan dapat dilihat di muka pegawai Majlis Bandaraya Johor Bahru apabila mereka mula tercari-cari siapakah penganjur untuk hari bersejarah ini.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis Saudara Nazman, Saudara Letchumanan dan Saudara Nyam. Program diteruskan dengan bacaan puisi yang bertajuk Mei 1,  oleh Saudara Giman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) . Suasana bertambah semangat lagi apabila wakil pekerja ladang, Sdra Velayudham menegaskan bahawa pekerja ladang telah menyumbang ke arah pembangunan negara tetapi mereka masih hidup tertindas sehingga kini. Setelah 2 lagi ucapan dari wakil petani dan peneroka dari Johor, upacara pelancaran tema dan logo dijalankan.

Pelancaran tema dan logo hari bersejarah ini dilakukan oleh Gabungan Anak Muda dan Pelajar(GAMP) dengan sketsa yang berlandaskan tema tahun ini “50 Tahun Merdeka, Pekerja Masih Dijajah”. Sketsa ini menggambarkan keadaan pekerja sebelum merdeka dan selepas merdeka. Lakonan menggambarkan bahawa  keadaan pekerja  sekarang serupa seperti sebelum zaman merdeka, di mana eksploitasi terhadap pekerja berleluasa dan ini diakhiri dengan para pekerja menumbangkan golongan kapitalis yang menindas mereka.

Program diteruskan dengan ucapan daripada wakil peneroka Kampung Berembang. En Anizan yang berkongsi pengalaman perjuangan mereka di Kampung Berembang dan juga menegaskan bahawa peneroka bandar mempunyai hak dan tidak boleh diusir mengikut suka hati pihak pemerintah.   Wakil anak muda dan pelajar, Sdra Amin Yusof pula menyeru golongan mahasiswa untuk sentiasa bersama masyarakat dalam memperjuangkan keadilan dan hak asasi mereka.

Tidak harus dilupakan, 8 jam kerja sehari yang dinikmati sekarang adalah hasil tumpahan darah perjuangan kelas pekerja pada tahun 1880-an di Amerika yang membawa kepada pengikitirafan 1 Mei sebagai hari pekerja. Sejarah perjuangan hari keramat ini dilakonkan oleh rakan- rakan aktivis dari Community Development Centre (CDC). Setelah beberapa lagi ucapan wakil pekerja, persembahan anak- anak Kg. Berembang menghiasi suasana dengan nyayian yang menceritakan perjuangan hak asasi mereka untuk rumah!

Sambutan Mei 1 2007 di Johor  diakhiri dengan pembacaan deklarasi tuntutan pekerja dan nyanyian lagu Internasional. Deklarasi Mei 1 2007, disokong oleh 94 organisasi, satu jumlah yang tinggi kalau dibandingkan dengan tahun-tahun lepas.  Semasa pembacaan deklarasi Mei 1 2007, ramai yang hadir mara ke hadapan bersama- sama kain rentang yang membawa tuntutan mereka. 13 tuntutan pekerja sempena Hari Pekerja 2007 dibacakan dengan kuat dan penuh semangat. Akhirnya, lagu Internasional iaitu lagu perjuangan pekerja bergema di Dataran Bandaraya JB dengan kibaran tangan perjuangan, tidak lupa juga laungan “Hidup Pekerja”, “Hidup Perjuangan” dalam tiga bahasa

Mei 1 akan sentiasa mengingatkan kelas pemerintah akan kekuatan dan semangat kelas pekerja di seluruh dunia yang telah berjaya mengalahkan kapitalis untuk mendapatkan hak mereka. Semangat dan solidariti pekerja pada Mei 1 1886 harus terus bara di jiwa setiap pekerja untuk menuntut hak mereka kerana penindasan terhadap pekerja terus berlaku sehingga hari ini.

                                                                  50 Tahun Merdeka; PEKERJA MASIH DIJAJAH!

 Kita  tiada apa untuk dihilangkan, hanya rantai penindasan sahaja!

Kita ada seluruh dunia untuk dimenangi

HIDUP PEKERJA! HIDUP PERJUANGAN!

 

50 TAHUN MERDEKA! PEKERJA MASIH DIJAJAH! 

Tahun ini Semenanjung Malaysia akan merayakan 50 tahun kemerdekaan, 44 tahun sejak penubuhan Malaysia dan tahun ini juga adalah ulangtahun ke 121 Perayaan Hari Pekerja Antarabangsa Mei 1.  

Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan dari kuasa penjajah dan kuasa asing pada 1957 dan 1963 bagi Sabah dan Sarawak, namun warga pekerja semua kaum dan agama merasakan penjajahan masih berterusan dan penjajahan yang dimaksudkan adalah

Penjajahan atas hasil usaha kaum pekerja

Penjajahan atas hak berpersatuan dan hak bersuara

      Penjajahan atas hak kebajikan dan kesejahteraan kaum pekerja

Kami warga pekerja Malaysia yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan Negara, amat tertekan dan tertindas oleh sistem pentadbiran Negara yang hanya mementingkan golongan kapitalis dan kroni politik daripda majoriti rakyat Negara.  

Setelah 50 tahun merdeka, pemerintah yang sepatutnya menjamin Kekayaan Negara dikecapi semua warga kini melihat kehidupan warga pekerja dipinggirkan dan kerakusan kapitalisma terus bermaharajalela manakala polisi-polisi neo-liberal membanjiri agenda Negara.  

Setelah 50 tahun merdeka…..  

Statistik kerajaan mencatatkan bahawa 25% daripada rakyat Malaysia memperolehi pendapatan sekeluarga kurang daripada RM1,000 sebulan dan 57.2% daripada jumlah penduduk menerima gaji yang kurang dari RM 2000 sebulan . Para pekerja ditindas dan   masih dijajah oleh kapitalis atas dasar pekerja murahan. Tenaga pekerja dikerah tetapi gaji yang diterima oleh mereka adalah sangat rendah.   

Setelah 50  tahun merdeka…… 

Negara kita masih tidak mempunyai Akta Gaji Minima. Jumlah keahlian Kesatuan semakin menurun dan undang-undang pro-majikan semakin diperkenalkan manakala harga barang-barang asas terus meningkat.     

Setelah 50  tahun merdeka……...

Para peneroka bandar iaitu warga pekerja yang datang pada awal 70an untuk membangunkan bandar-bandar kini mendapati diri mereka dilabel sebagai anti pembangunan dan rumah mereka diroboh melalui penggunaan undang-undang zalim dan jentera kerajaan yang rakus. Ramai daripada mereka tidak diberi rumah alternatif tetap dan bermaruah. Kini setelah 50 tahun merdeka, peneroka bandar menjadi pelarian dalam Negara sendiri. 

Setelah 50  tahun merdeka……… 

Tanggungjawab kerajaan semakin kurang manakala kapitalis swasta terus memerintah dan pekerja dibebankan dengan polisi-polisi neo-liberal kerajaan yang memotifkan keuntungan. Air yang menjadi salah satu keperluan asas telah lama diswastakan dan   Negeri Johor merupakan mangsa penswastaan yang pertama dan harganya adalah paling tinggi berbanding negeri-negeri lain. Di samping itu, perkhidmatan kesihatan yang penting kepada warga pekerja juga telah diswastakan di mana bayaran yang tinggi dikenakan walupun tidak mampu dibayar.  

Setelah 50  tahun merdeka……… 

Kini Malaysia bertungkus-lumus untuk menandatangani Perdagangan Bebas(FTA ) dengan Amerika Syarikat. Tidak dapat nafikan ini adalah satu lagi alat untuk menjajah penduduk melalui pintu belakang.  

Setelah 50  tahun merdeka……… 

Projek yang menguntungkan pekerja seperti kemudahan asas, kemudahan pendidikan dan hospital kerajaan semakin mendapat kurang perhatian berbanding denagan projek raksasa yang glamour . Projek ini lebih menguntungkan pelabur dari warga pekerja.   Misalnya cadangan Kerajaan untuk melaksanakan projek Wilayah Pembangunan Iskandar di mana ia akan menjadikan Bandar Johor Bahru dan Kawasan Tanjung Pelepas sebagai Free Access Zone (FAZ).     

KAMI WARGA PEKERJA MENUNTUT KEMERDEKAAN SEJATI DAN MENUNTUT PENJAJAHAN DIHENTIKAN. 13 TUNTUTAN KAUM PEKERJA SEMPENA HARI PEKERJA ADALAH:  

1.      Gubal Akta Gaji Minima untuk semua pekerja dan mansuhkan polisi gaji murah.

2.      Menandatangani Konvensyen ILO berkenaan Kerja-kerja di Rumah dan juga instrumen antarabangsa yang berkaitan dengan perlindungan dan kebajikan pekerja. 

3.      Pembentukan kesatuan sekerja secara automatik dan pemansuhan   undang-undang yang diskriminasi pekerja dan sebarang undang-undang baru bermotif membuang pekerja secara senang.

4.      Polisi ekonomi yang tidak berdasarkan diskriminasi kaum  dan jantina tetapi berlandaskan keperluan.  Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua.

5.      Semua Perjanjian Perdagangan  Bebas (FTA) harus disetujui oleh rakyat dan rakyat harus terlibat dalam proses membuat keputusan.

6.      Hentikan pengusiran paksa dan hormati hak perumahan peneroka bandar. Mansuhkan Ordinan Darurat Pembersihan Setinggan. Skim Perumahan Rakyat pada harga mampu dibeli, di lokasi strategik dan selesa harus diimplementasikan.

7.      Pastikan tempat kerja bebas daripada diskriminasi terhadap pekerja wanita. Gubal undang-undang Anti Gangguan Seksual.

8.      Hak saksama kepada pekerja migran dan perlindungan dari dianiyai oleh pihak majikan, polis, RELA dan imigresen.

9.      Hentikan penswastaan perkhidmatan asas seperti air dan hospital.

10.  Mansuhkan segala undang-undang yang menindas dan mendiskriminasi para pekerja, antaranya ISA,OSA, Akta Universiti & Kolej Universiti, Akta Pertubuhan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

11.  Mengubal Akta Kebebasan Maklumat.

12.  Memberi kepentingan kepada sektor pertanian dengan peruntukan tanah dan subsidi yang cukup, demi menjamin produktiviti dalam negara yang mampu menampung keperluan makanan asas rakyat. Elakkan pengkopratan sektor pertanian dan galakkan sistem koperasi petani.

13.  Menuntut suatu sistem kerajaan yang benar-benar telus, bersih, kredible dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan. Menuntut pilihanraya bersih dan berkecuali dan SPR yang telus, berwibawa dan adil.

Deklarasi ini disokong oleh :

1.       Alaigal

2.       Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)

3.        Centre for Independent Journalism

4.        Centre for Orang Asli Concerns (COAC)

5.        Child Development Initiative

6.       Chinese Students Council(UTM) CSCUTM

7.       Civil Rights Committee of The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, (CRC-KLSCAH)

8.       Community Action Network

9.       Community Development Centre

10.   ERA Consumer Malaysia

11.   Federation of Malaysian Consumer Asociations (FOMCA)

12.   Food not Bombs Kuala Lumpur

13.   Gabungan Anak Muda & pelajar, JERIT

14.   Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS)

15.   Gabungan Mansuhkah ISA (GMI)

16.   Gabungan Pekerja Kilang & Kesatuan Beranang

17.   Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan, JERIT

18.   Gabungan Pekerja Kilang, Perak

19.   Gabungan Peneroka Bandar & Perumahan, JERIT

20.   Gabungan Rakyat Membantah US-Malaysia FTA

21.   Gerakan Mahasiswa Maju,UPM

22.   Group of Concerned Citizens

23.   Indigenous People Development Centre (IPDC)

24.    Inter Varsity Council (IVC)

25.   International Movement For A Just World (JUST)

26.   Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)

27.   Jawatankuasa Bertindak Ladang Brooklands, Banting

28.   Jawatankuasa Bertindak Ladang Sungai Rinching

29.   Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kg. Sri Tanjung

30.   JAwatankuasa Kebajikan Mahasiswa/I, UKM

31.   Jawatankuasa Ladang Semenyih

32.   Jawatankuasa Penduduk Kg Cheppor

33.   Jawatankuasa Penduduk Kg Chubadak, KL

34.   Jawatankuasa Penduduk Kg DBI, Ipoh

35.   Jawatankuasa Penduduk Kg KTM, Ipoh

36.   Jawatankuasa Penduduk Kg KTM, Sg. Siput

37.   Jawatankuasa Penduduk Kg Saujana

38.   Jawatankuasa Penduduk Kg. Chekkadi

39.   Jawatankuasa Penduduk Kg. Fajar

40.   Jawatankuasa Penduduk Kg. Meru Tin

41.   Jawatankuasa Penduduk Kg. Rimba Jaya

42.   Jawatankuasa Penduduk Kg. Sg Nipah

43.   Jawatankuasa Penduduk Kg. Spooner

44.   Jawatankuasa Penduduk Kg. Sri Tasek

45.   Jawatankuasa Penduduk Kg. Temenggung

46.   Jawatankuasa Penghuni Flat Golden Villa

47.   Jawatankuasa Penyelesaian dan Rayuan Penduduk Kg. Berembang

48.   Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang

49.   JKB Kampung Baru Plentong Tengah

50.   Kesatuan Pekerja-Pekerja Guppy Plastic

51.   Kesatuan Hitachi Consumer, Bandar Baru Bangi

52.   Kesatuan Pekerja-Pekerja Dekor Panel , Rawang

53.   Klang Consumer Association

54.   Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, Youth Section ( KLSCAH-Youth)

55.   Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA)

56.   Malaysian Catholic Student Council (MCSC)

57.   Malaysian Voters Union (MALVU)

58.   Monitoring Sustainability of Globalisation (MSN)

59.   Pahang Consumer Association (PAC)

60.   PANGGAU, Sarawak

61.    Parti Islam SeMalaysia (PAS)

62.    Parti Keadilan Rakyat

63.   Parti Rakyat Malaysia (PRM)

64.    Parti Sosialis Malaysia (PSM

65.    Parti Tindakan Demokratik (DAP)

66.    Partners of Organisation (PACOS Trust)

67.   Penang Consumer Protection Association (PCPA)

68.   Penang Office for Human Development (POHD)

69.   Penang Watch

70.   Perak Consumer Association (PCA)

71.   Persatuan Bahasa Tionghua UPM

72.   Persatuan Graduan Belia Pulau Pinang

73.    Persatuan Masyarakat Selangor Dan Wilayah  Persekutuan (PERMAS)

74.   Persatuan Sahabat Wanita Selangor

75.   Positive Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+)

76.   Projek Praxis

77.   Pusat Khidmat Pekerja Tanjung

78.   Pusat Komuniti Masyarakat(KOMAS)

79.   Rakan Perjuangan Peneroka Bandar (RAKAN )

80.   Sadia HQ

81.    Save Our School Damansara (SOS DAMANSARA)

82.   Save OurSelves (SOS) Penang

83.   Selangor & Federal Territory Consumer Association (SCA)

84.    Semparuthi Iyakkam

85.   Sisters in Islam (SIS)

86.   Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

87.   Solidariti Mahasiswa Putra

88.   Student Progresif Front, USM

89.   Suara Rakyat Malaysia (SUARAM )

90.   Tenaganita

91.   Women Aid Organisation (WAO)

92.   Women Development Collective (WDC)

93.   Writers Alliance For Media Independence ( WAMI )

94.   Yayasan Amal Malaysia

One Response to “May Day Celebration in JB”

  1. ronnieliutiankhiew Says:

    Lower EPF contribution from the old and foreign workers?

    We support MTUC on its stance on the issue. We Malaysians should not discriminate against old and foreign workers. Period.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: