BMC access road: Samy is unreasonable and arrogant

Dear bloggers, pls take some time to read the Hansard below. You’ll see how unreasonable and arrogant the minister was on the issue of the access road between Bandar Mahkota Cheras / Bandar Sg Long and Kuala Lumpur.

It must be out of his mind for Samy to suggest putting up another toll plaza on the access road. No wonder the Works Minister is a.k.a Toll Minister. But the Umno-led BN government still has the cheeks to call themselves as Pembela Rakyat (defender of the people). Can you beat this?

As an advisor to the BMC Open Access Road Action Committee, I would suggest that we would raise hell with Samy at his office and the Parliament.

DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT

MESYUARAT KEDUA

Bil. 28 Selasa 19 Jun 2007

1. Dato’ Markiman bin Kobiran [Hulu Langat] minta Menteri Kerja Raya menyatakan

apakah tindakan kementerian untuk mempercepatkan pembukaan persimpangan jalan masuk

Lebuh raya Grand Saga ke Bandar Mahkota Cheras dan bilakah ia akan menjadi kenyataan.

Menteri Kerja Raya [Dato’ Seri S. Samy Vellu]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman

Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian Kerja Raya masih lagi mengadakan rundingan dengan

pemaju Nara Jaya dan juga Syarikat Konsesi Cheras-Kajang-Kuala Lumpur-Cheras.

Perkara ini mempunyai satu sejarah iaitu pembinaan telah berlaku dan pemaju telah

menjalankan pembinaan beberapa ribu rumah di tepi lebuh raya yang telah diadakan lebih awal

daripada pembangunan itu berlaku. Pada masa mereka memohon untuk mengadakan jalan

masuk ke Lebuh raya Cheras, kami telah mengenakan beberapa syarat. Satu di antara

syaratnya iaitu mereka mesti berunding dengan syarikat konsesi Grand Saga dan selepas itu

juga mereka boleh membina dan menyambung dengan Lebuh raya Cheras yang sedia ada.

Mereka masih membina rumah. Mereka mempamerkan satu papan tanda. Papan tanda

itu menyatakan orang yang membeli rumah di sini tidak payah membayar tol. Jangan bayar tol.

Saya percaya mereka bukanlah … they are not sincere dengan izin dan mereka terus membina

rumah beberapa ribu. Sejumlah rumahnya yang dijangka sebanyak 10,000 buah rumah dalam

satu projek dan 4,000 rumah dalam satu projek.

Kita jangka lebih kurang kedua rancangan ini akan mempunyai 40,000 buah kenderaan

sehari. Saya telah mengadakan perbincangan dengan Nara Jaya di pejabat saya. Nara Jaya

menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju apa-apa, buka gate. Ini bukan gate Kereta Api

Tanah Melayu. Suka kita buka, bila ada kereta api, kita tutup. Ini lebuh raya. Apa kita cakap

pun dia tidak mahu dengar.

Oleh kerana itulah kita tidak membenarkan mereka masuk dalam Jalan Cheras. Saya

suka juga menerangkan sedikit kepada Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan soalan ini.

Sekarang, selepas beberapa perbincangan, minggu ini iaitu 15 Jun, saya telah meminta

Lembaga Lebuh Raya Malaysia untuk memanggil kedua-dua pihak mengadakan perbincangan.

Syarikat konsesi bersetuju untuk membina sebuah plaza tol dengan harga yang murah

iaitu harga yang murah itu sebanyak RM5 juta. Oleh kerana beberapa alat elektronik mesti

dipasang dan perbincangan di antara Nara Jaya dan mereka, Nara Jaya kata, saya bagi RM1

juta sahaja. RM1 juta tidak bolehlah Yang Berhormat.

Mereka minta, dalam pembinaan ini RM5 juta mereka kena bayar. Nara Jaya kata RM1

juta, saya kata bincanglah, bincang sampai lagi lima tahun dia bincang, lima tahun tidak ada

buka, 10 tahun bincang, 10 tahun pun tidak ada buka. Kedua-dua pihak pun mesti

bertanggungjawab. Walau pun syarikat konsesi dia bertanggungjawab, dia kata okey kita boleh

bayar setengah, panggil dia bayar setengah, dia kata tidak boleh. Itulah masalah Yang

Berhormat, saya jelaskan kepada Yang Berhormat.

Dato’ Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Cheras juga minat. Terima kasih Tuan

Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana datang sendiri ke Parlimen ini

untuk menjawab soalan spesifik ini. Soalan utama tadi dengan soalan tambahan ini Yang

Berhormat Menteri, adalah mewakili penghuni dan penduduk Taman Bandar Mahkota Cheras

dengan Bandar Sungai Long yang lebih kurang 10,000 penduduk yang cukup ramai dan mereka

sudah pun menderita lebih kurang 10 tahun dan tiga tahun yang lepas laluan keluar masuk yang

baru yang disekat ini disiapkan dengan kos lebih kurang RM12 juta oleh pemaju berkenaan.

Akibatnya mereka terus menderita walau pun jalan ini sudah siap kerana ditutup.

Mereka terus menderita kerana berlaku keangkuhan oleh pemaju yang hanya mementingkan

kewangan. Kedegilan Grand Saga kerana mementingkan kutipan tol, kelemahan serta

kelewatan rundingan katanya oleh LLM dan kementerian melainkan Yang Berhormat Menteri

yang cukup cekap pada hari ini.

Penduduk di situ terus menderita, Tuan Yang di-Pertua. Hingga sekarang jalan siap

begitu lebar, begitu luas dengan lampu dan jambatan tetapi tidak boleh digunakan. Apa

gunanya? Jadi, soalnya sekarang, adakah perlu rundingan sampai tiga tahun, sampai lima tahun

atau sepuluh tahun? Ini adalah keputusan berkenaan dengan kewangan, bukan nyawa yang

perlu penelitian yang terlalu detail.

Oleh itu saya minta kementerian bantulah sikit. Pihak pembangkang asyik

berdemonstrasi tiap-tiap hari Sabtu, tiap-tiap hari Ahad, menunjukkan kononnya merekalah yang

membuat kerja hal rundingan ini. Kononnya merekalah yang memperjuangkan kepentingan

penduduk-penduduk setempat. Tetapi…

Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: [Bangun]

Dato’ Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Nantilah dulu. Ini soal spesifik, tetapi

Yang Berhormat Menteri perkara ini mesti diselesaikan, tidak kira sama ada bayarannya berapa

dan matlamat saya ialah ia mesti diselesaikan dalam masa yang terdekat.

Tuan Yang di-Pertua: Baik, Yang Berhormat. Cukup.

Dato’ Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, suka juga saya menjelaskan kepada

Ahli Yang Berhormat satu syarat yang penting telah diperkenalkan oleh kerajaan kepada mereka.

[Yang Berhormat Menteri membaca satu daripada syarat] Pihak Nara Jaya Berhad (NSB)

hendaklah bersetuju menanggung rugi LLM Grand Saga atas segala tindakan tuntutan, prosiding,

kerugian, kerosakan, pampasan, kos dan perbelanjaan apa juga mungkin dialami oleh LLM

Grand Saga berbangkit atau berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan, laluan keluar masuk yang

dinyatakan di atas lampiran format”.

Ini satu daripada syarat-syarat yang telah dikenakan. Jadi, penswastaan projek -“Kami

Nara Jaya Sdn. Bhd. bersetuju dengan syarat-syarat yang dinyatakan di atas berjanji untuk

mematuhinya”. Ditandatangani oleh Liew Choon Wit, Senior General Manager, Eng Kai Lai,

Senior Project Manager.

Inilah Yang Berhormat, [Menunjukkan sebuah risalah] Pembangkang bolehlah tunjuk

perasaan. Kalau dia tidak tunjuk perasaan dia bukanlah pembangkang lagi. [Dewan riuh] Kami

kerajaan…

Dato’ Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: [Bangun]

Dato’ Seri S. Samy Vellu: Sekejap, Yang Berhormat. Kami kerajaan, kami mempunyai

tanggungjawab. Jikalau saya minta buka jalan itu pada akhirnya siapa yang akan bayar ganti

rugi sebanyak RM400 juta? Kerajaan kena bayar ganti rugi RM400 juta. Saya tidak mahu

kerajaan membayar ganti rugi RM400 juta oleh kerana RM400 juta itu boleh dibelanjakan kepada

rakyat.

Walau bagaimanapun, untuk Yang Berhormat, sepatutnya Yang Berhormat bincang

dengan saya, sekali lagi saya panggil syarikat. Ada juga orang daripada syarikat yang ada tanduk

di sini. [Membuat aksi tanduk di kepala] Tidak mahu cakap, tidak mahu buka mulut, keras

sahaja tidak mahu bincang. Kami bila-bila pun rendah sahaja, kita simpati tetapi dia tidak. Pasal

dia ada duit, dia besar. Bila bina itu, sudah dapat kelulusan tetapi syarat mesti dipatuhi. Ini satu

perkara. Sekali lagi bolehkah mereka mempamerkan, “Belilah rumah di sini, boleh masuk ke jalan

lebuh raya tanpa bayaran tol”. Kami ada gambar.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, apakah cadangan kementerian untuk

menyelesaikan perkara ini?

Dato’ Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Ya, saya hendak tahu bila sahaja.

Dato’ Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, atas permintaan Yang Berhormat, dua

bulan yang lalu saya sudah minta Jabatan Kerja Raya dan juga Lembaga Lebuh Raya Malaysia

untuk mengadakan satu persetujuan di antara mereka. Akhirnya, dalam mesyuarat pada 15 hari

bulan ini, Grand Saga bersetuju pada mulanya dia kata RM10 juta. Saya kata, tidak boleh RM10

juta. RM5 juta boleh dijadikan satu toll gate untuk smart card dan lain-lain di mana mereka minta

RM2.5 juta dibayar oleh pemaju dan RM2.5 juta lagi dibayar oleh syarikat. Itu pun saya minta

LLM jika boleh mengurangkan ganti rugi daripada pemaju tetapi syarikat itu akan

bertanggungjawab. Ini akan berlaku dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi. Selepas itu saya

akan beri kebenaran kepada syarikat itu untuk membina dengan segera dan kita boleh

mengambil masanya lebih kurang sebulan setengah dan selepas itu kita buka jalan itu.

Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Baik, terima kasih. Ya, Yang Berhormat bagi Cheras.

Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pada pengetahuan

saya pada bulan Jun ini Syarikat Grand Saga kutipannya selepas operasi selama lapan setengah

tahun telah mengutip bayaran tol sebanyak kos yang sama dengan pembinaannya. Ini bererti

dalam tempoh bakinya 25 tahun syarikat ini akan membuat keuntungan bersih ditolak dengan

sedikit kos maintenancenya. Ini merupakan satu kebaikan kepada syarikat kroni Barisan

Nasional. [Disampuk oleh Ahli-ahli Pembangkang].

Tadi Yang Berhormat Menteri sudah memberikan satu jawapan yang paling

menyedihkan dan mengecewakan penduduk-penduduk Bandar Mahkota Cheras bahawa beliau

telah bersetuju untuk pembinaan satu plaza tol di jalan utama akses tunggal masuk ke Taman

Mahkota Cheras itu. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat

Menteri sedar bahawa kelulusan yang pertama yang telah pun diberikan oleh Majlis Perbandaran

Kajang kepada Nara Jaya pemaju Bandar Mahkota Cheras itu untuk membina jalan utama

diberikan pada tahun 1994 sebelum perjanjian konsesi Grand Saga dengan kerajaan

ditandatangani?

Kedua, jalan utama ini sememangnya menjadi satu syarat utama dalam perintah

pembangunan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kajang kepada pemaju.

Ketiga, rumah-rumah baik pun komersial atau kediaman di Bandar Mahkota Cheras tidak

akan memperoleh sijil kelayakan (CF) untuk bangunan premis mereka jika sesuatu syarat dalam

perintah pembangunan itu tidak dipatuhi oleh pemaju. Saya ingin bertanya Yang Berhormat

Menteri, mengapakah rumah-rumah di Bandar Mahkota Cheras ini masih boleh dapat CF

walaupun jalan utama ini tidak boleh digunakan?

Tuan Yang di-Pertua: Baik, Yang Berhormat. Cukup.

Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Bukan, ini untuk pengetahuan Dewan ini kerana Majlis

Perbandaran Kajang walaupun tidak dapat mengeluarkan CF bagi jalan atau sijil kesempurnaan

       how do I say completion of work …

        

Dato’ Seri S. Samy Vellu: Sijil kelayakan.

Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Sijil kelayakan bagi jalan itu tetapi Majlis bersetuju

memberikan CF kepada rumah-rumah kerana Majlis sendiri yang menghendaki pemaju itu

membina jalan itu.

Tuan Yang di-Pertua: Baik, Baik.

Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Dari aspek ini, adakah ini merupakan satu kesalahan oleh

pemaju? Saya minta penjelasan.

Dato’ Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat

bagi Cheras, Yang Berhormat tunjuk perasaan sahaja tetapi saya mengadakan beberapa

perbincangan dengan penghuni-penghuni rumah yang telah membeli rumah datang ke pejabat

saya. Saya telah menunjukkan beberapa dokumen mengapakah ini tidak boleh berlaku. Saya

jelaskan… Saya kata, walau bagaimanapun jangan susah, kita cuba selesaikan perkara ini

seberapa segera yang boleh. Majlis Perbandaran tidak mempunyai kuasa untuk meminta

manamana pihak masuk ke dalam lebuh raya. Menteri Kerja Raya sahaja yang boleh! [Disorak]

Tahukah? [Buat isyarat menulis] Saya sedia beri kebenaranlah.

Beri dia kebenaranlah. Dia bagi kebenaran kepada satu ratus orang pun saya tidak

peduli. Bila mereka mematuhi syarat-syarat baru saya ikuti dengan saya punya arahan. Jadi

saya minta Ahli Yang Berhormat dari Cheras, bantulah kita sedikit. Kita bersama kerja. Saya

pun tahu, saya kesian dengan penduduk-penduduk. Penduduk-penduduk dan 40,000 kenderaan

dalam tempoh masa enam bulan lagi akan menggunakan jalan ini. Jadi kami mesti menjaga

kepentingan rakyat, kepentingan penghuni rumah dan juga kepentingan syarikat konsesi khasnya

kerajaan.

Terima kasih.

One Response to “BMC access road: Samy is unreasonable and arrogant”

  1. V T Says:

    Samy is a poet, and is also our minister that does little work for hugh toll returns.

    he is akin to Minimus the pig, a poetic pig in George Orwell’s Animal Farm.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Animal_Farm#Pigs

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: